SEKJEND HIZBULLAH LIBANON, SAYED HASSAN NASRULLAH
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Sultanul-Waizin Shirazi seorang ulama Iran yang terkenal telah melawat India pada tahun 1927 AD [1345 H], ketika itu beliau berusia 30 tahun. Beliau telah disambut dengan baik kemana sahaja beliau pergi. Manusia dapat manfaat dari ilmu beliau mengenai hadith, sejarah dan ulasan kitab suci al-Quran. Beliau telah dipelawa untuk berdialog pada 23hb Rejab 1345 H dengan mereka dari ahli sunnah di Peshawar, yang ketika itu di dalam jajahan India tetapi kini di Pakistan. Mereka berdialog selama 10 malam berturut-turut. Dua orang yang utama dipihak lain yang mengambil bahagian adalah ulama yang termashor dari Kabul, Hafiz Muhammad Rashid dan Sheikh Abdus-Salam. Empat orang pemberita telah merakamkan perbincangan itu dihadapan anggaran 200 orang hadirin [sunni – shia]. Surat khabar tempatan telah menyiarkannya pada keesokkan hari. Sultanul-Waizin Shirazi telah menyusun semula semua perbincangan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tersebut kedalam sebuah buku didalam bahasa Farsi, yang diterbitkan di Teheran dengan tajuk Shabhaye-Peshawar, atau Peshawar Nights. Berikut adalah terjemahan dari buku tersebut.
SESSI 1
[Khamis malam, 23hb Rejab, 1345 H]
Hafiz Muhammad Rashid, Sheikh Abdus-Salam, Seyyed Abdul-Hayy, dan ulama-ulama tempatan lain turut hadir sama. Dialog tersebut diadakan dihadapan khalayak ramai. Di dalam majalah dan surat-surat khabar, mereka mengelar penulis sebagai ‘Qiblat-o-ka’ba’ tetapi di sini saya mengelar beliau ‘Shirazi’ dan kepada Hafiz Muhammad Rashid sebagai ‘Hafiz.’
Hafiz: Kami merasa amat gembira kerana mendapat peluang ini pada membincangkan titik-titik asas perbezaan yang ada pada kita. Pertama sekali kita harus menentukan bagaimana kita hendak memulakannya.
Shirazi: Saya bersedia untuk berbincang dengan syarat kita mengenepikan segala prasangka yang ada dan berbincang perkara-perkara tersebut dengan saksama, seperti saudara.
Hafiz: Saya juga dibolehkan untuk membuat satu syarat, iaitu perbincangan ini hendaklah berasaskan dari ayat-ayat al-Quran yang suci.
Shirazi: Syarat itu tidak boleh diterima, kerana al-Quran yang suci itu terlalu singkat dan umum yang mana pengertiannya yang mendalam harus dihuraikan melalui rujukan-rujukan dari lain fakta dan juga hadith.
Hafiz: Benar, dan boleh diterima, tetapi adalah perlu bahawa rujukan yang dibuat dari hadith dan peristiwa hendaklah berasaskan pada bukti yang tidak boleh dipertikaikan. Kita hendaklah menjauhkan diri dari merujuk pada punca yang diragukan.
Shirazi: Setuju, kerana orang seperti saya, yang merasa bangga untuk menyatakan keturunan saya dari nabi, adalah tidak wajar bagi saya untuk menyalahi contoh-contoh yang telah ditunjukkan oleh keturunan saya, nabi Islam. Baginda telah dikatakan di dalam al-Quran sebagai berikut: ‘Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia.’ [68:4]. Adalah tidak patut untuk bertindak menyalahi Nas al-Quran yang suci yang mengatakan: ‘Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan adakanlah perbincangan dengan mereka dengan cara yang terbaik…… [16:125]
PERTALIAN DENGAN NABI YANG SUCI
Hafiz: Maafkan saya, kamu mengatakan bahawa keturunan kamu dari nabi Allah. Ini telah diketahui umum, tetapi bolehkah kamu terangkan kepada saya salasilah kamu supaya saya tahu yang pertalian kekeluargaan kamu itu sampai kepada Rasul.
Shirazi: Tali kekeluargaan saya sampai kepada nabi melalui Imam Musa Kazim, ianya seperti berikut:
Muhammad, anak kepada Ali Akbar [Ashraful-Waizin], anak kepada Ismail Mujtahid al-Waiz, anak kepada Ibrahim, anak kepada Salih, anak kepada Abi Ali Muhammad, anak kepada Ali [dikenali sebagai Mardan], anak kepada Abil-Qassim Muhammad Taqi, anak kepada Maqbulud-din Husain, anak kepada Abi Ali Hasan, anak kepada Muhammad bin Fathullah, anak kepada Ishaq, anak kepada Hashim, anak kepada Abi Muhammad, anak kepada Ibrahim, anak kepada Abil-Fityan, anak kepada Abdullah, anak kepada Hasan, anak kepada Ahmad [Abu Tayyib], anak kepada Abi Ali Hasan, anak kepada Abu Jafar Muhammad al-Hairi [Nazil-e-Kirman], anak kepada Ibrahim Az-Zarir [dikenali sebagai Mujab], anak kepada Amir Muhammad al-Abid, anak kepada Imam Musa Kazim, anak kepada Imam Jafar Sadiq, anak kepada Imam Muhammad Baqir, anak kepada Imam Ali Zain-ul-Abidin, anak kepada Imam Husain, anak kepada Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib.
Hafiz: Pertalian ini hanya sampai kepada Amirul Mukminin, Ali [ra], sedangkan kamu kata ia berakhir kepada nabi. Yang nyata dengan salasilah ini, kamu boleh katakan diri kamu diantara kerabat-kerabat nabi dan bukannya keturunan terus dari Baginda. Keturunan adalah sesuatu yang mempunyai pertalian terus dengan nabi.
Shirazi: Pertalian keturunan kami sampai kepada nabi melalui Bibi Fatima Zahra, ibu kepada Imam Husain. Saya tidak faham mengapa kamu menitik beratkan sangat pada persoalan ini.
Hafiz: Saya fikir saya sudah tersalah faham. Pada pandangan saya bahawa keturunan diakui dari pihak lelaki sahaja. Saya sebutkan dari petikan arab: ‘Anak-anak lelaki, cucu, dan anak-anak perempuan adalah dari saya, tetapi anak dari anak-anak perempuan saya, bukan dari saya.’ Jika kamu boleh buktikan sebaliknya, silakanlah.
Shirazi: Terdapat bukti yang kuat dari al-Quran dan Hadith yang sahih untuk menunjukan tuntutan saya.
Hafiz: Sila nyatakan supaya kami boleh faham.
Shirazi: Sedang kamu bercakap tadi saya teringat perbincangan diantara Harun ar-Rashid, Khalifa Abbasiya, dengan Imam kami Musa Kazim pada tajuk ini. Imam memberikan jawapan yang meyakinkan kepada khalifa, sehingga baginda sendiri menerimanya.
Hafiz: Saya hendak mendengar mengenai perbincangan itu.
Shirazi: Abu Jafar Muhammad bin Ali, bergelar Sheikh Saduq, di dalam kurun keempat Hijrah, di dalam bukunya ‘Uyun-e-Akbar’ [Punca Utama untuk Riza], dan Abu Mansur bin Ali Tabarsi di dalam bukunya ‘Ehtijaj’ [Supports] telah memberikan dengan terperinci mengenai perbualan yang terjadi diantara Harun ar-Rashid dengan Imam Musa Jafar di istana khalifa.
Khalifa bertanya kepada Imam: ‘Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa kamu dari keturunan nabil? Nabi Muhammad tidak mempunyai keturunan. Telah diperakui bahawa keturunan adalah dari pihak lelaki dan bukan dari pihak perempuan. Kamu tergolong dari pihak generasi anak perempuannya.’ Imam membacakan ayat 84-85 dari surah VI [Al-An’aam] dari al-Quran yang suci: ‘Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Yaqub, kedua-duanya Kami beri petunjuk, dan Nuh yang Kami berikan petunjuk sebelumnya, dan dari keturunannya Daud dan Sulaiman dan Ayub dan Yusof dan Musa dan Harun; dan begitulah kami balaskan bagi mereka-mereka yang membuat kebaikkan. Dan Zakaria dan Yahya dan Isa dan Elias; semuanya orang yang solih.’ [6:84-85]
Imam tanya kepada khalifa: ‘Siapakah bapa Isa?’
Harun menjawab bahawa Isa tidak mempunyai bapa.
Imam berkata: ‘Tidak ada sesiapa, dan bahkan Allah memasukkan Isa didalam keturunan para nabi melalui Mariam. Begitulah juga, Dia telah menjumlahkan kami didalam keturunan nabi melalui keturunan Bibi Fatimah.’
Lebih-lebih lagi, Imam Fakhrud-Din Razi didalam bukunya Tafsir-e-Kabir [Great Commentary], Bk IV, P 124, masalah V, mengatakan mengenai ayat ini, bahawa ayat ini membuktikan yang Hasan dan Husain adalah keturunan dari nabi Islam. Oleh kerana di dalam ayat ini Tuhan telah mengesahkan Isa adalah keturunan Ibrahim, dan Isa tidak mempunyai bapa, hubungan ini adalah dari pihak sebelah ibu. Di dalam keadaan yang sama, Hasan dan Husain adalah yang sebenarnya dari keturunan nabi. Imam Musa Kazim bertanya kepada Harun jika dia memerlukan kepada bukti yang lain. Khalifa suruh Imam untuk meneruskan.
Imam membaca ayat 60 dari surah lll, Al-e-Imran dari al-Quran yang suci: ‘Tetapi jika sesiapa membantah dengan kamu di dalam perkara ini setelah sampai kepada kamu pengetahuan maka katakanlah: Marilah kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu dan perempuan kami dan perempuan kamu dan diri kami dan diri kamu, kemudian kita bersungguh-sungguh berdoa dan meminta kutukan Allah kepada mereka yang dusta.’
Imam menyambung, dengan berkata bahawa tiada siapa pernah berkata bahawa pada peristiwa itu, Mubahila dengan Kristian Najran, yang nabi membawa sesiapa saja, melainkan Ali bin Abi Talib, Fatima, Hasan dan Husain. Ini bermakna bahawa ‘diri’ [anfusana] bererti Ali bin Abi Talib. ‘Perempuan’ [nisa’ana] bererti Fatima, dan anak-anak [abna’ana] bererti Hasan dan Husain yang mana Allah telah tunjukan sebagai anak-anak nabi sendiri.
Setelah mendengar hujah-hujah ini, Harun mengatakan: ‘Tahniah, wahai Abul-Hasan.’
Dengan nyata hujah ini telah membuktikan bahawa Hasan dan Husain adalah anak-anak nabi dan bahawa ‘Sa’dat Fatima’ keturunan Bibi Fatima adalah keturunan nabi yang suci.
TAMBAHAN BUKTI UNTUK MENUNJUKKAN BAHWA KETURUNAN BIBI FATIMAH ADALAH KETURUNAN NABI YANG SUCI
Ibn Abil-Hadid Mutazali, seorang ulama yang terkenal, didalam bukunya Sharh-I-Nahjul-Balagha [Commentary on the Peak of Eloquence] tulisan Amirul Mukminin Ali, dan Abu Bakr Razi didalam komentarnya, telah menyatakan ayat-ayat yang sama, berhujah bahawa Hasan dan Husain adalah dari pihak ibunya, anak-anak kepada nabi, dengan cara yang sama, sebagaimana Allah di dalam al-Quran yang suci telah memasukkan Isa di dalam keturunan Ibrahim dari sebelah pihak ibunya, Mariam.
Muhammad bin Yusof Ganji Shafii, didalam bukunya ‘Kifayatut-Talib, dan Ibn Hajar Makki pada muka surat 74 dan 93 dari ‘Sawaiq Muhariqa dari Tabari dan Jabir bin Abdullah Ansari, dan Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib dari Ibn Abbas – semua menyatakan bahawa nabi berkata: ‘Allah menjadi keturunan setiap nabi dari generasi mereka, tetapi keturunan saya dijadikan dari generasi Ali.’ Juga Khatib-e-Khawarizmi di dalam Manaqib, Mr. Seyyed Ali Hamadani Shafii di dalam Mawaddatul-Qurba, Imam Ahmad ibn Hanbal di dalam Musnad, dan Sulayman Hanafi Balkhi di dalam Yanabiul-Mawadda menyatakan, di dalam perkataan yang lebih kurang berbunyi bahawa nabi berkata: ‘Ini adalah kedua anak-anakku, adalah bunga bagi dunia ini, dan keduanya adalah Imam [ketua], sama ada mereka adalah Imam secara terang-terangan atau secara tersendiri tinggal dirumah.’ Dan sheikh Sulayman Hanafi, di dalam bukunya Yanabiul-Mawadda, memperuntukkan bab 57 untuk tajuk ini sahaja, dan menyebutkan banyak hadith dari ulama-ulamanya, seperti Tabrani, Hafiz Abdul-Aziz ibn Abi Shaiba, Khatib-e-Baghdadi Hakim, Baihaqi, Baghawi dan Tabari – semua menyatakan dengan versi yang sedikit berlainan bahawa Hasan dan Husain adalah anak-anak kepada nabi. Pada penghujung Bab yang sama, Abu Salih menulis: Hafiz Abdul-Aziz bin Al-Akhzar, Abu Nu’aim, Tabari, Ibn Hajar Makki pada muka surat 112 dari Sawaiq Muhriqa, dari Muhammad bin Yusof Ganji Shafii pada penghujung bahagian 1 selepas 100 Bab dari Kifayatut-Talib, dan Tabari di dalam menyampaikan riwayat hidup Imam Hasan menyatakan bahawa khalifa kedua, Umar bin Khattab, berkata: ‘Saya mendengar nabi berkata bahawa pada hari pembalasan setiap pertalian keluarga akan diputuskan melainkan generasi saya. Setiap generasi anak perempuan adalah dari pihak bapa melainkan generasi Fatimah, yang berhubung kepada saya. Saya adalah bapa dan keturunan mereka.’ Sheikh Abdullah bin Muhammad bin Amir Shabrawi Shafii, di dalam bukunya Kitabul-ittihaf bi Hubbil-Ashraf, menyebutkan hadith ini dari Baihaqi dan Darqutni dari Abdullah bin Umar, dan dia dari bapanya, pada ketika perkahwinan Umme Kulthum. Dan Jalalud-din Suyuti menyebut dari Tabari di dalam bukunya ‘Ausat’, telah dikatakan dari khalifa Umar dan Seyyed Abu Bakr bin Shahabud-din Alawi pada muka surat 39 – 42 pada bab III dari Rishfatus-sadi min Bahra Fazail Bani Nabiul-Hadi [dicetak du Maktabi Alamiyya, Egypt pada tahun 1303 H], membuktikan bahawa keturunan Fatima adalah keturunan nabi Islam.
Makanya, petikan yang kamu sebutkan itu tidak mempunya apa-apa erti jika dibandingkan pada semua keterangan-keterangan tadi. Muhammad bin Yusof Ganji Shafii, di dalam ‘Kifayatut-Talibnya’, membuktikan bahawa anak-anak dari anak perempuan nabi adalah anak kepada nabi. Salasilah keturunan kami sampai kepada Imam Husain; maka kami adalah keturunan nabi.
Hafiz: Hujah kamu musabah dan meyakinkan.
Orang ramai bersurai untuk solat Isyak. Semasa rehat, Nawab Abdul-Qayum Khan, dari golongan sunni yang ternama, meminta izin untuk bertanya ‘Shirazi’ beberapa soalan.
MENGAPA SHIA MENYATUKAN SOLAT MEREKA
Nawab: Mengapa shia menyatukan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak? Ini tidak mengikuti dengan apa yang telah menjadi amalan Rasul.
Shirazi: Yang pertama sekali, diantara para-para ulama kamu, terdapat perbezaan pendapat mengenai isu ini. Yang keduanya, kamu katakan bahawa ianya menyalahi amalan nabi. Disini kamu telah tersalah, kerana nabi biasa melaksakannya dengan kedua-dua cara, ada kalanya diasingkan dan ada kalanya disatukan. Nawab Sahib, berpaling kepada ulama mereka, bertanya kepada mereka sama ada benar nabi mengerjakan solat dengan kedua-dua cara.
Hafiz: Ya, baginda melaksakannya, tetapi hanya apabila baginda bermusafir atau apabila terdapat suatu bentuk halangan, seumpama hujan. Sebaliknya, apabila Baginda dirumah, baginda selalu akan melaksanakannya berasingan.
Shirazi: Telah dirakamkan di dalam hadith kamu bahawa nabi biasa melaksanakan solat berasingan dan disatukan dirumah dan tanpa sebarang halangan. Banyak hadith yang mengesahkan fakta ini. Muslim bin Hajjaj di dalam sahihnya, di dalam Bab ‘Jama’a Bainas-salatain fil-Hazar,’ mengatakan bahawa Ibn Abbas berkata: ‘Nabi biasa mengerjakan solat Zuhur dengan Asar dan begitu juga Maghrib dengan Isyak bersambongan tanpa ada halang pada melakukannya, atau apabila baginda berada dirumah.’ Ibn Abbas menyebutkannya lagi: ‘Kami melakukan lapan rakaat Zuhur dengan Asar dan kemudian tujuh rakaat Maghrib dengan Isyak bersambong, bersama dengan nabi.’ Hadith yang sama juga telah disampaikan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, Bahagian 1, muka surat 221. Begitu juga Imam Muslim menyebutkan beberapa hadith mengenai isu ini. Dia menyebutkan dari Abdullah bin Shaqiq sebagai telah berkata bahawa suatu hari Abdullah bin Abbas sedang berucap pada suatu kumpulan selepas solat Asar hinggalah matahari terbenam dan bintang telah mula kelihatan. Orang ramai berteriak, solat, solat’ tetapi Ibn Abbas tidak memperdulikan mereka. Kemudian seorang dari Bani Tamimi melaungkan ‘solat, solat.’ Ibn Abbas kemudian berkata: ‘Kamu mengingatkan aku pada sunna, tetapi saya sendiri telah melihat nabi menyatukan Solat Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak.’ Abdullah bin Shaqiq berkata bahawa dia tidak begitu yakin dengan kata-kata itu, lalu pergi menemui Abu Huraira untuk bertanyakan mengenainya. Abu Huraira mengesahkan apa yang telah dikatakan oleh Ibn Abbas. Melalui penyampai yang lain pula, Abdullah bin Shaqiq telah menyebutkan dari Aqil bahawa suatu ketika Abdullah bin Abbas berkata-kata kepada orang ramai dari atas mimbar. Dia berada disitu sangat lama sehingga hari menjadi gelap. Apabila sesaorang melaungkan sebanyak tiga kali, ‘solat, solat, solat,’ Abdullah bin Abbas menjadi tersinggong dan berkata: ‘Malanglah bagi kamu. Kamu yang berani mengingatkan aku tentang solat, walaupun dimasa hari-hari nabi kami biasa menyatukan solat Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak.’ Zarqani di dalam Sharhe Mawatta oleh Imam Malik, Bahagian 1, di dalam Bab ‘Jama’a Bainas-Salatain’ muka surat 263, menyatakan, ‘Nisa’i mengatakan melalui Amru bin Haram dari Abi Shaatha bahawa Ibn Abbas mengerjakan solat Zuhur dengan Asar begitu juga solat Maghrib dengan Isyak bersambong di Basra tanpa ada masa pemisah atau apa-apa yang dilakukan diantaranya. Dia mengatakan bahawa nabi mengerjakan solat-solatnya dengan cara yang sama.’ Juga di dalam Sahih Muslim dan di Muwatta Malik, Bab ‘Jama’a Bainas-Salatain,’ dan Hanbal di dalam Musnad menyebutkan, Ibn Abbas melalui Sa’id bin Jabir bahawa Rasul mengerjakan solat Zuhur dengan Asar bersambong di Madina tanpa ada sebarang halangan, sama ada dari ketakutan ataupun cuaca yang buruk. Abu Zubair berkata, dia bertanya kepada Abu Sa’id mengapa nabi menyatukan kedua-dua solat tersebut. Sa’id berkata, dia juga bertanyakan kepada Ibn Abbas soalan yang sama. Ibn Abbas menjawab bahawa baginda menyambongkan kedua solat tersebut supaya ummahnya tidak dibebani dengan kesusahan dan penderitaan yang tidak diperlukan. Juga, di dalam banyak hadith-hadith yang lain, Ibn Abbas telah dikatakan sebagai berkata bahawa nabi, telah menyatukan solat Zohur dengan Asar begitu juga solat Maghrib dengan Isyak tanpa terdapat sebarang halangan untuk melakukannya. Hadith-hadith ini di dalam sahih kamu, dan juga di dalam buku-buku sahih yang lain telah membuktikan ‘BOLEHNYA’ disatukan kedua-dua solat, sama ada dirumah dan juga bermusafir.
Hafiz: Tidak terdapat sebutan hadith sebegitu di dalam Sahih Bukhari.
Shirazi: Kerana semua penulis Sahih, seperti Muslim, Nisa’i, Ahmad bin Hanbal, dan penyampai-peyampai hadith, bagi Muslim, Mubhari dan ulama-ulama sunni yang terkenal telah menyebutkan perkara ini, maka mencukupilah bagi kami untuk mengatasi akan maksud tujuan ini. Tetapi yang sebenarnya, Bukhari juga ada merakamkan hadith ini di dalam sahihnya, tetapi dia dengan sengaja telah meletakkannya ditempat yang lain, tidak ditempat yang sepatutnya iaitu pada bab mengenai penyatuan dua solat. Jika kamu membaca pada Bab ‘Bab-e-Taakhiruz-zuhr lil-Asr Min Kitabe Mawaqitus-salat’ dan ‘Bab-e-Dhikrul-Isha wal-Atma’ dan ‘Bab-e-Waqtul-Maghrib,’ kamu akan dapati kesemua hadith itu disana. Merakamkan hadith-hadith itu dibawah tajuk, ‘Membenar dan membolehkan untuk menyatukan dua solat’ telah membuktikan bahawa ini telah menjadi kepercayaan umum bagi ulama-ulama dari kedua-dua golongan. Kesahihan hadith-hadith ini telahpun diperakui di dalam buku-buku hadith tersebut. Menurut, Allama Nuri di dalam Sharhe Sahih Muslim, Asqalani, Qastalani, Zakariyya-e-Razi, di dalam ulasannya bahawa mereka telah menulis di dalam sahih Bukhari, Zarqani di dalam komentarinya pada Mawatta, Malik, dan yang lainnya ada menyebut hadith ini. Setelah menyebutkan hadith dari Ibn Abbas, mereka memperakui akan kesahihan dan menerima hadith ini sebagai bukti pada penerimaan menyatukan dua solat.
Nawab: Bagaimana mungkin yang hadith ini telah diamalkan semenjak dari masa Rasul, tetapi para ulama telah mengambil laluan yang berlainan?
Shirazi: Situasi begini tidak tertakluk pada tajuk ini sahaja. Kamu akan lihat banyak lagi contoh-contoh yang lain kemudian. Didalam perkara ini, ulama fikah sunni, tanpa berfikir dengan mendalam, atau sebab-sebab lain yang saya tidak dapat fahami, telah memberikan jawapan [penerangan] yang tidak bijaksana yang bertentangan dengan hadith. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa mungkin hadith ini merujuk kepada situasi yang bersangkutan dengan ketakutan, bahaya, hujan atau angin. Sebahagian dari ulama yang terdahulu, seperti Imam Malik, Imam Shafii, dan sebahagian ahli fikah dari Madina telah memberikan keterangan yang sama. Ini semua, walaupun terdapat fakta bahawa hadith Ibn Abbas dengan nyata mengatakan kedua-dua solat boleh dikerjakan tanpa ada sebarang halangan dari takut, atau kemungkin hujan.
Yang lainnya ada mengutarakan mungkin langit mendong, dan mereka yang mengerjakan solat tidak tahu akan waktunya. Mungkin setelah selesai solat Zuhur, awan berlalu, dan mereka lihat telah masuk waktu solat Asar. Maka mereka terpaksa melakukan solat Zuhur dan Asar bersambung. Saya tidak fikir akan adanya penerangan yang lebih munasabah. Mungkin penafsir-penafsir ini tidak mengambil indah untuk memikirkan bahawa manusia yang melakukan solat ini adalah nabi Allah. Awan tidak membawa erti apa-apa bagi diri nabi sebagaimana ianya kepada diri manusia lain. nabi tahu segala sebab-sebab dan kesannya. Selain dari kenapa keterangan ini tidak meyakinkan, adalah menyambungkan solat Maghrib dengan Isyak dengan terangnya telah menolak hujah tersebut. Pada ketika itu awan tidak ada kena mengena langsung dengan persoalan ini.
Sebagaimana yang kami katakan: Hadith Ibn Abbas dengan jelas telah mengatakan beliau berucap kepada khalayak ramai di dalam masa yang panjang sehinggakan mereka melaungkan, ‘solat, solat, solat.’ Mereka mengingatkan beliau bahawa bintang telah terbit dan telah masuk waktu untuk solat. Tetapi beliau dengan sengaja melambatkan solat Maghrib supaya beliau dapat melakukan kedua-duanya iaitu Maghrib dan Isyak. Abu Huraira juga mengesahkan tindakkan ini, dengan mengatakan bahawa nabi Allah juga melakukan yang sedemikian rupa. Penerangan yang diada-adakan [bidaa’], sedangkan terdapat petunjuk yang terang jelas, ini amatlah dikesali. Ulama kamu sendiri yang menolaknya. Sheikhul-Islam Ansari di dalam ‘Tuhfatul-Bari fi Sharhe Sahihul-Bukhari’ di dalam Bab ‘Salatuz-zuhr mal-Asr wal-Maghrib ma’al Isha,’ muka surat 292, bahagian II, dan begitu juga Allama Qastalani, pada muka surat 293, bahagian II dari ‘Irshadus-Sari fi Sharhe Sahihul-Bukhari’, dan begitu jugalah penyampai hadith untuk Sahih Bukhari yang lainnya menerima bahawa keterangan yang sedemikian adalah bertentangan dengan maksud hadith yang sebenar, yang mana mereka telah menekankan bahawa solat hendaklah dilakukan dengan cara yang berasingan sahaja, ini adalah suatu tuntutan yang tidak berasas.
Nawab: Jadi bagaimanakah kontrovesi ini boleh berlaku sehingga kedua golongan Muslim ini telah hauskan darah sesama mereka dan saling kondem [mengutuk] tindakkan mereka?
Shirazi: Kamu katakan kedua golongan Muslim ini saling bermusuhan, saya tidak setuju. Kami Shia tidak memandang rendah terhadap mana-mana ulama mahupun orang awam dari saudara-saudara kami, ahli sunni. Kami menyesali bahawa propaganda puak Kharijis, Nasibis, dan juga Umayyad telah memberi kesan kepada hati sebahagian manusia. Malangnya, sebahagian sunni menganggap saudara mereka shia, yang sama seperti mereka, mempunyai Qiblat, al-Quran dan juga Rasul yang sama, sebagai Rafizis [yang menyeleweng], kafir dan musyrik.
Kepada soalan kamu mengenai bagaimana perbezaan ini bermula, mungkin kita dapat membincangkannya dipertemuan yang lain. Mengenai mengerjakan solat berasingan atau disambongkan, ulama fikah sunni telah merakamkan hadith yang telah membenarkan mengerjakan solat Zuhur dengan Asar, dan Maghrib bersama Isyak bagi tujuan keselesaan, kesenangan dan keselamatan. Saya tidak tahu mengapa, sebahagian daripada mereka tidak membolehkan ianya dilakukan bersama, jika tidak terdapat sebarang halangan.
Sebahagian penguasa seperti Abu Hanifa dan pengikutnya [Hanafi] melarangnya dalam segala bentuk keadaan, sama ada halangan atau tidak atau semasa dirumah atau bermusafir.
Shafii, Maliki dan Hanbali, dengan segala perbezaan mereka di dalam perkara perlu [rukun] dan juga lainnya; telah membolehkan penyatuan solat di dalam bermusafir syarak.
Tetapi ulama shia, dengan mematuhi kepada nabi dan juga keturunan nabi, dengan tanpa syarat telah membolehkan mengerjakan solat yang disatukan.
Sudah pasti mengerjakan solat pada waktu yang ditetapkan adalah lebih afdal dari yang disatukan, sebagaimana yang telah dinyatakan dengan terang di dalam buku-buku syariah [perundangan agama] yang dituliskan oleh ulama shia. Oleh kerana manusia selalunya sibuk dengan urusan masing-masing dan mereka khuatir yang mereka akan tertinggal mengerjakan solat [shia amat mementingkan solat. Tiang agama. pent] Makanya untuk kemudahan dan menjauhkan diri dari kesusahan, shia telah mengerjakannya pada satu masa, sama ada diawal atau diakhir waktu pada masa yang ditetapkan. Sekarang saya rasa sebanyak ini telah mencukupi untuk menerangkan kepada saudara kami ahli sunni yang telah memandang hina kepada kami. Mungkin kita boleh kembali kepada perbincangan kita mengenai yang asas, dimana dengannya persoalan berkaitan amalan akan dapat diselesaikan.
BAGAIMANA KETURUNAN ALLAMA BERHIJRAH DARI HIJAZ KE IRAN
Hafiz Sahib bertanya kepada Allama Sultanul-Waizin bagaimana keturunan beliau berhijrah dari Hijaz ke Iran. Beliau menceritakan sejarahnya dan juga bagaimana keturunan beliau telah dibunuh di Shiraz diatas perintah Khalifa Abbasiya. Pusara peringatan mereka masih mendapat kunjungan dari orang-orang dari tempat jauh yang datang berziarah. Yang termashor diantara mereka adalah Seyyed Amir Muhammad Abid, Seyyed Amir Ahmad [Shah Charagh] dan Seyyed Alaud-din Husain, kesemuanya adalah anak-anak Imam Musa Kazim. Terperinci mengenai keluarga beliau tidak dituliskan.
BAGAIMANA PUSARA AMIRUL MUKMININ ALI (AS) DITEMUI.
Penemuan pusara Amirul Mukminin Ali [as] yang suci juga disebut.
Hafiz: Tetapi di dalam negara mana pusara Amirul Mukminin Imam Ali [as] ditemui setelah 150 tahun berlalu setelah kematian beliau?
Shirazi: Kerana penindasan dan serangan yang kejam dari Bani Umayyad dimasa yang akhir pada kehidupan Imam Ali, beliau mengarahkan di dalam wasiatnya bahawa jasad beliau hendaklah dikebumikan secara rahsia dimalam hari, dan jangan meninggalkan sebarang tanda yang keburan ada disitu. Hanya beberapa orang sahabat yang rapat besama anak-anak beliau yang hadir pada kebumian tersebut. Pada keesokkan harinya 21 Ramadhan apabila jasadnya hendak dikebumikan, dua perarakkan jenazah disediakan. Satu diarahkan untuk pergi ke Makah, yang satu lagi ke Madina. Itulah sebabnya mengapa bertahun-tahun lamanya pusara beliau tinggal rahsia, melainkan kepada beberapa orang sahabat dan anak-anak beliau.
Hafiz: Mengapa tempat pusara beliau dirahsiakan?
Shirazi: Mungkin kerana takut pada Umayyad yang tidak beragama. Mereka khususnya amat benci pada ahli keturunan nabil. Mereka mungkin akan membongkar pusara tersebut.
Hafiz: Tetapi adakah mungkin bagi seorang Muslim, walaupun bermusuhan, akan membongkar kuburan saudara Muslim yang lain?
Shirazi: Pernahkah kamu mempelajari sejarah Umayyad? Semenjak dari mulanya dinasti terkutuk ini berkuasa pintu penindasan telah terbuka diantara Muslim. Astarfirrullah!! Kekejaman apa yang mereka lakukan, darah apa yang mereka tumpahkan, dan kehormatan apa yang mereka cabuli. Dengan malu yang amat sangat, ulama ulung kamu telah merakamkan jenayah-jenayah mereka yang banyak. Allama Maqrizi Abul-Abbas Ahmad bin Ali Shafii merakamkan kekejaman yang menyayat hati Umayyad di dalam bukunya ‘Annaza Wat-takhasum fima baina Bani Hashim wa Bani Umayya.’
PEMBONGKARAN KUBURAN OLEH BANI UMAYYAH
Sebagai contoh terhadap apa yang sanggup mereka lakukan, saya akan nyatakan dua peristiwa: Syahidnya Zaid bin Ali bin Husain, yang dikenali sebagai Zaid al-Syahid, dan syahidnya anak beliau, Yahya. Ahli sejarah dari kedua-dua golongan sunni dan shia merakamkan bahawa apabila Hisham bin Abdul Malik menjadi khalifa, dia telah melakukan banyak kezaliman. Khusus terhadap Bani Hashim, terlalu amat dibencinya. Akhirnya Zaid bin Ali, anak kepada Imam Ali Zainul-Abidin dan terkenal sebagai seorang ulama yang wara’ pergi bertemu khalifa untuk menyampaikan penderitaan Bani Hashim. Tetapi apabila sahaja Zaid sampai, khalifa, yang seharusnya menyambut kedatangan keturunan Rasul, telah memaki hamun beliau dengan bahasa yang kesat, yang mana saya tidak dapat menyebutkannya disini. Disebabkan oleh layanan yang sebegitu buruk, Zaid meninggalkan Syria menuju Kufa, dimana dia membentuk satu pasukan tentera menentang Bani Umayyad. Gabenor Kufa, Yusof bin Umar Thaqafi keluar dengan angkatan tentera yang besar untuk berdepan dengan beliau. Zaid membaca syair yang berikut: ‘Kehidupan yang hina dan Kematian yang terhormat: Kedua-duanya adalah pahit, tetapi jika satu darinya perlu dipilih, pilihan saya adalah kematian yang terhormat.’
Walaupun beliau berjuang dengan berani, akhirnya Zaid terbunuh di peperangan tersebut. Anak beliau, Yahya mengambil jasad beliau dari medan pertempuran dan mengembumikannya jauh dari kota pada tebing sungai, kemudian mengalirkan air sungai itu diatas pusara beliau. Bagaimana pun pusara beliau telah dijumpai dan Yusof memerintahkan jasad beliau dikeluarkan. Kepala Zaid dipotong kemudian dihantar kepada Hisham di Syria pada bulan Safar 121 H. Hisham menggantungkan jasad yang suci dari keturunan Rasul itu pada tempat pergantungan dengan tidak berpakaian. Untuk selama empat tahun jasad tersebut berada ditempat pergantungan. Kemudiannya apabila Walid bin Yazid bin Abdul-Malik bin Marwan menjadi khalifa pada tahun 126 H, dia memerintahkan rangka itu diturunkan, dibakar, dan debunya ditaburkan diudara.
Manusia yang terkutuk ini juga melakukan perkara yang sama terhadap jasad Yahya bin Zaid dari Gurgan. Orang yang mulia ini juga menentang kezaliman Bani Umayyad. Beliau juga gugur dimedan pertempuran. Kepalanya dipotong kemudian dihantar ke Syria, dan sama seperti bapanya juga, jasadnya digantung ditempat pergantungan – selama enam tahun. Rakan dan musuh sama menangis melihatkan ini. Waliud-din Abu Muslim Khorasani, yang telah bangun menentang Bani Umayyad bagi pihak Bani Abbas, mengambil jasadnya dan dikebumikan di Gurgan, dimana ianya kini menjadi tempat ziarah.
KEKEJAMAN DINASTI INI.
Memandangkan dari kekejaman dinasti yang terkutuk ini, jasad Amirul Mukminin Ali, telah dikebumikan pada malam hari, dan dengan tidak meninggalkan sebarang bekas. Pusara beliau telah tinggal tidak diketahui sehinggalah pada masa khalifa Harun ar-Rashid. Satu hari Harun berburu disatu kawasan di Najaf, dimana rusa hidup dengan banyaknya. Apabila anjing-anjing mengejar rusa tersebut, ianya berlindung pada satu tanah tinggi Najaf. Dibukit kecil ini anjing-anjing itu tidak akan menaikkinya. Beberapa kali berulang, apabila anjing-anjing itu berundur rusa akan turun, tetapi apabila dikejar ia akan naik semula kebukit kecil itu. Memahami bahawa ada sesuatu sebab yang membuatkan anjing-anjingnya bertindak sedemikian, maka Harun telah mengerahkan orang-orangnya untuk merisik di Najaf. Mereka membawa seorang lelaki tua kepadanya, dan khalifa pun bertanya apakah rahsianya yang membuat anjing-anjingnya tidak akan naik kebukit kecil tersebut.
PENEMUAN PUSARA AMIRUL MUKMININ ALI [AS]
Orang tua itu mengatakan bahawa dia tahu akan rahsianya, tetapi dia takut untuk mendedahkan. Khalifa memberikan jaminan terhadap keselamatannya, maka orang tua itu memberitahunya: ‘Suatu ketika saya sampai ketempat ini bersama bapa saya, kami pergi kebukit kecil itu dan bersolat disana. Apabila saya tanya bapa, apakah yang ada disana, bapa berkata bahawa mereka telah pergi kesana dengan Imam Jafar Sadiq untuk menziarah. Imam telah berkata bahawa itu adalah pusara datuknya yang suci, Amirul Mukminin Ali, dan bahawa tidak lama lagi ianya akan diketahui manusia.’ Diatas perintah khalifa tempat itu digali, dan petanda bahawa itu adalah pusara jelas kelihatan bersamanya ada batu tanda yang diatasnya bertulis dengan huruf ‘Syriac’ yang bermaksud: ‘Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Pengasih. Pusara ini telah disediakan oleh Nabi Nuh untuk Ali, pengganti Muhammad, 700 tahun sebelum bajir besar berlaku.’
Khalifa Harun memberi hormat pada tempat itu dan mengarahkan tempat itu dipelihara. Dia kemudian bersolat dua rakaat. Dia menangis terisak-isak dipusara tersebut. Kemudian dengan arahan khalifa semua perkara ini dibentangkan kepada Imam Musa Kazim di Madina. Imam mengesahkan bahawa pusara itu adalah tempat semadi datuknya, Amirul Mukminin Ali. Harun kemudian memerintahkan bangunan batu didirikan menaungi pusara tersebut, yang kemudian dinamakan sebagai Hajar Haruni, ‘struktur batu yang didirikan oleh Harun’ Tidak lama kemudian berita tersebut tersebar, dan Muslim datang beramai-ramai menziarahi tempat tersebut. Ibrahim Munjab, datuk, datuk, datuk kepada Sultanul-Waizin juga meninggalkan Shiraz untuk berziarah ketempat itu, dan setelah menunaikan ziarah, beliau meninggal dunia di Karbala. Beliau telah disemadikan berhampiran dengan pusara datuk, datuk, datuknya Imam Husain. Pusaranya terletak dibahagian penjuru Timur barat kawasan perkuburan suci tersebut yang kini diziarahi oleh yang menyanjungnya.
PERBEZAAN MENGENAI TEMPAT PERSEMADIAN AMIRUL MUKMININ
Hafiz: Walaupun dengan ulasan yang cukup mantap, saya fikir bahawa pusara Ali [ra] tidak terletak di Najaf. Para ulama mempunyai pandangan yang berbeza. Sebahagian mengatakan di dalam rumah kerajaan di Kufa; sebahagian mengatakan dibahagian Qibla di Masjid Pusat di Kufa; sebahagian mengatakan dibahagian pintu yang bernama Bab-e-Kinda di Masjid Kufa; sebahagian percaya di Rahba di Kufa; dan ada yang percaya bersebelahan pusara Fatima di Baqi. Di Afghanistan, juga terdapat satu tempat berhampiran Kabul yang diketahui sebagai pusara Ali. Menurut dari satu peristiwa, jasad Ali yang suci telah dimuatkan kedalam satu kotak dan diletakkan diatas unta yang akan dikirimkan ke Madina. Segolongan perompak telah merompak kotak tersebut yang disangkakan mengandungi harta. Setelah dibuka, mereka dapati jasad yang suci, dibawanya ke Kabul dan terus di semadikan ditempat tersebut. Itu makanya manusia berkunjung ketempat itu.
Shirazi: Timbulnya perbezaan ini adalah disebabkan wasiat yang ditetapkan, yang mengarahkan bahawa persiapan untuk pengkebumian hendaklah yang mengelirukan. Telah dikatakan dari Imam Jafar Sadiq bahawa pada saat kematian, Amirul Mukminin memberitahu anaknya Imam Husain, bahawa setelah semadikannya di Najaf, dia harus menyediakan empat kuburan untuknya di empat tempat yang berlainan, di Masjid di Kufa, di Rahba, dirumah diJuda Hira dan di Ghira. Para shia bersetuju yang pusara beliau di Najaf. Apa saja yang mereka dapati dari ahli bayt adalah sahih. Ahli rumah tersebut lebih mengetahui apa yang bersangkutan dengan rumah mereka.
Saya benar-benar hairan terhadap ulama kamu, yang telah mengabaikan kata-kata keturunan Rasul, dalam semua perkara. Mereka tidak bertanyakan anaknya dimana tempat letak pusara bapa mereka, supaya dapat mengetahui yang sebenar. Pastinya si anak lebih mengetahui kedudukan pusara bapa mereka dari yang lain. Jika terdapat mana-mana tieori yang baru ini ada yang betul, sudah pasti Imam telah memberitahu kepada pengikutnya. Tetapi mereka telah mengesahkan bahawa kedudukannya di Najaf, dan dengan sendiri telah menziarah ketempat itu, dan menyuruh pengikutnya untuk berbuat yang sedemikian. Sibt Ibn Jauzi ada di dalam Tadhkiranya menyebutkan perbezaan ini. Dia berkata: ‘Pandangan yang keenam adalah yang di Najaf, ditempat yang telah diketahui umum, yang kerap diziarahi manusia. Dari semua pandangan inilah yang kelihatan paling benar.’ Begitu juga ulama kamu yang lain lagi seperti Khatib-e-Khawarizmi di dalam ‘Manaqib’nya, Muhammad bin Shafii di dalam ‘Matalibus-Suul’ nya, Ibn Abil-Hadid di dalam buku Sharhe Nahjul-Balagha, Firuzabadi di dalam buku Qamus, dibawah perkataan Najaf, dan yang lainnya telah mengatakan pusara Amirul Mukminin Ali [as] terletak di Najaf.
bersambung ke sessi berikutnya . . . . . .
atau klik disini yang lebih lengkap:
http://www.slideshare.net/drfarza/sect-comparative-in-peshwar-night
http://www.al-shia.org/html/id/shia/membela-syiah/05.htm
http://www.al-shia.org/html/id/shia/membela-syiah/04.htm
http://www.al-shia.org/html/id/shia/membela-syiah/004/index.html
http://www.al-shia.org/html/id/shia/membela-syiah/004/01.htm
atau klik disini yang lebih lengkap:
http://www.slideshare.net/drfarza/sect-comparative-in-peshwar-night
http://www.al-shia.org/html/id/shia/membela-syiah/05.htm
http://www.al-shia.org/html/id/shia/membela-syiah/04.htm
http://www.al-shia.org/html/id/shia/membela-syiah/004/index.html
http://www.al-shia.org/html/id/shia/membela-syiah/004/01.htm
Tidak ada komentar:
Posting Komentar